Navigation List

WAH, SAMPAI BERJOGET NORMAN HAKIM DAPAT BERITA GEMBIRA DARI ISTERI


KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim mendedahkan, ramai remaja lelaki yang menghantar ‘lamaran’ menerusi mesej peribadi selepas dia berkongsi wajah anak perempuannya, Marissa Dania di laman sosial, Instagram.


Walaupun terkejut, Norman mengakui, lucu dengan kesungguhan kebanyakan mereka yang berusia bawah 18 tahun memenangi hati anaknya yang kini berusia 13 tahun itu.
Pelakon asal Kuantan, Pahang berusia 42 tahun itu juga tidak menyangka, anak kedua hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Abby Abadi turut memiliki beberapa kelab peminat yang ditubuhkan oleh pengikut Marissa.
“Rasa lucu apabila mereka berani menghantar mesej mahu memperisterikan Marissa. Ada yang terbuka meluahkan cinta, malah sanggup melakukan apa sahaja demi Marissa. Ada juga yang mula memanggil saya ‘papa’.
“Semua ini memberikan saya pengalaman baharu. Pesan saya, anak perempuan saya itu masih muda. Perjalanannya masih jauh, malah al-Quran belum separuh dihafal.

“Kepada lelaki yang berniat mahu menjadi ‘imam’ Marissa , saya hargai keikhlasan mereka. Saya anggap ia sebagai permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita,” katanya.
Namun kata Norman, dia ingin melihat remaja itu terlebih dahulu menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT dengan penuh amanah, seterusnya menjaga ‘keramat hidup’ mereka iaitu ibu dan bapa.
“Hanya selepas melaksanakan dua amanah besar itu, baru mereka layak berfikir soal ‘mendirikan masjid’,” katanya.
Dalam pada itu, Norman berkata, dia dan Abby turut mempunyai kata laluan akaun media sosial Marissa untuk memantau setiap aktivitinya.

Biarpun Marissa jarang memuat naik gambar di platform popular itu, sebagai orang tua, mereka akan memastikan ia tidak disalahgunakan.
“Kami sudah memberikan didikan yang terbaik, malah percaya Marissa mampu menjaga diri dan membezakan antara yang baik serta buruk.
“Antara kami tiada rahsia. Saya dan Abby tidak hanya menjadi ibu serta bapa, sebaliknya sahabat untuk anak berkongsi cerita sedih dan gembira,” katanya.
Selain Marissa, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya, Mohamed Danish Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 10. Bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Sumber : BH
Wah, sampai berjoget Norman Hakim dapat berita gembira dari isteri
close
==[ Klik disini 2X ] [ Close ]==