Anda mungkin mengenali Jepun sebagai sebuah negara yang terkenal dengan komik dan kartun anime, gusti sumo serta musim bunga sakura yang cantik dan harum. Bagaimana pula dengan pelbagai ciptaan masyarakatnya yang aneh dan luar biasa. Begitu juga dengan sikap rakyat Jepun dengan tradisi turun temurun yang begitu berdisiplin dan berdedikasi serta tidak pernah mengenal erti berputus asa.
Di bawah adalah 15 foto membuktikan Jepun adalah negara yang jauh berbeza dan mengagumkan berbanding negara lain di dunia. Betapa jauh bagi kita untuk mempelajari teknologi dan sikap mereka yang terlalu maju ke hadapan.
#1. Para pemandu bas sedang mogok menentang perubahan laluan bas, tetapi mereka tetap bekerja dengan memandu bas tanpa mengambil tambang daripada penumpang sebagai memberi pengajaran kepada syarikat bas yang terpaksa membayar kos petrol tanpa mendapat keuntungan. Cara yang bijak menyatakan bantahan tanpa menyusahkan pengguna.
#2. Tin minuman dengan perkataan ditulis dalam tulisan Braille untuk warga kehilangan daya penglihatan.
#3. Peminat bolasepak Jepun kekal tinggal di tempat duduk stadium selepas perlawanan Piala Dunia 2014 selesai untuk membantu membersihkan semua sampah yang tertinggal.
#4. Setiap bilik air di dalam rumah di Jepun mempunyai tempat duduk bayi yang dilekat di dinding.
#5. Makanan hospital di Jepun untuk ibu bersalin.
#6. Anda membasuh tangan selepas menggunakan tandas dan air basuhan tangan diguna semula untuk mengepam tandas.
#7. Penutup lubang laluan saluran kumbahan dan perparitan yang sangat cantik dan berwarna-warni.
#8. Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai penjaga bangunan dan tukang cuci. Sebaliknya para pelajar perlu membersihkan sekolah mereka sendiri sebagai menghargai jasa sekolah dan kanak-kanak diajar supaya menjadi ahli masyarakat yang produktif apabila dewasa kelak.
#9. Satu nota dalam bahasa Jepun tertulis, “Saya secara tidak sengaja telah melanggar basikal anda dan memecahkan locengnya. Saya minta maaf.” Bersama wang ganti rugi yang ditinggalkan.
#10. Duit syiling menegak ini membuktikan betapa stabil dan lembutnya perjalanan keretapi laju di Jepun.
#11. Di mana sahaja warga Jepun berada, warga Jepun tetap warga Jepun yang mengikut aturan.
#12. Di Jepun, rusa juga memberi tunduk hormat.
#13. Ini baru harapan dan realiti yang sebenar.
#14. Para penumpang komuter di Jepun berganding bahu bersama-sama menolak gerabak untuk menyelamatkan nyawa seorang wanita yang telah terjatuh dan tersepit di antara gerabak dan platform.
#15. Ikan koi boleh hidup di dalam laluan longkang dan parit di Jepun. Sungguh bersih airnya!
Sumber : Bored Panda