Navigation List

INDAH!!! Sangat Cantik Fenomena aneh dimana kabus kelihatan seperti air terjun


Sebuah drone di sini berjaya merakam video yang luar biasa menunjukkan kabus tebal yang meyelubungi permukaan air yang terletak di tebing batu kelihatan seperti air terjun.
Jurugambar, James Loveridge menerbangkan drone yang dilengkapi kamera pada ketinggian 60 meter (m) di tebing yang terletak di West Bay, Dorset.
Satu klip video yang dimuat naik di internet menunjukkan seolah-olah terdapat hamparan permaidani putih yang bergerak ke bawah jatuh ke persisiran pantai.
Walau bagaimanapun, apabila drone mencecah pada pinggir tebing setinggi 30 meter, kabus yang mengalir itu turut kelihatan seperti air terjun.
“Ketika saya berjalan di tepi laut, saya tidak dapat melihat apa-apa kerana kabus tebal. Saya kemudian melihat keadaan di atas tebing batu itu kerana ia kelihatan ganjil.
“Saya kemudian menerbangkan dron di atas tebing itu. Saya amat terkejut kerana kabus tebal itu mengalir jatuh seperti sebuah air terjun,” katanya. – Agensi
Jom saksikan foto menarik Dibawah:
kabus

kabus




sumber : http://www.kecohbetul.net
close
==[ Klik disini 2X ] [ Close ]==